Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan Tapak Ke BSAS, KL

Sesi Lawatan Tapak Ke BSAS, KL

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, telah mengadakan lawatan tapak ke Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur sebagai persediaan menjelang Majlis Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada 31 Januari 2026.

Bersama YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), beliau merupakan Pengerusi Bersama Projek Warisan Kuala Lumpur (KL), sebuah inisiatif pemuliharaan bangunan bersejarah bagi memperkasakan warisan budaya dan ekonomi kreatif ibu kota selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

 

Di bawah Belanjawan 2026, Khazanah Nasional Berhad memperuntukkan RM600 juta bagi Inisiatif Warisan KL untuk memulihara bangunan ikonik termasuk Carcosa dan Seri Negara serta enam blok Bangunan Sultan Abdul Samad, sekali gus memastikan khazanah negara ini terus menjadi tarikan pelancongan dan lambang aspirasi Malaysia MADANI.

 Turut hadir, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility