Select your language
YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan turut berkesempatan mengadakan sesi lawatan ke Pejabat Unit Audit Dalam Perbendaharaan (ADP).
Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hussainel Jerai, Timbalan Ketua Unit Audit Dalam (Prestasi).
Antara intipati taklimat adalah berkaitan fungsi dan peranan ADP dalam membantu pihak pengurusan mencapai objektif organisasi melalui aktiviti pengauditan untuk memastikan kawalan dalaman dan tadbir urus diuruskan dengan berintegriti, berhemah, dan efektif.
Selain itu, pembentangan secara ringkas berkenaan penemuan audit sepanjang tahun 2025 turut diadakan.