Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan Timbalan Menteri Kewangan Ke BUU

Sesi Lawatan Timbalan Menteri Kewangan Ke BUU

Sesi taklimat Bahagian Undang-undang (BUU) kepada YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, BUU.

Taklimat disampaikan oleh YBrs. Tuan Kamal Azira Hassan, Peguam Cara Perbendaharaan dan warga BUU turut hadir bersama dalam sesi tersebut.

Sesi ini merangkumi penerangan mengenai fungsi utama BUU, termasuk penyediaan dan memberi nasihat perundangan kepada Kementerian Kewangan (MoF) serta Jabatan dan Agensi di bawahnya sekali gus meliputi penggubalan dan semakan rang undang-undang/perundangan subsidiari, penyediaan dan semakan dokumen perjanjian yang melibatkan MoF serta Jabatan dan Agensi di bawahnya.

BUU juga terlibat dalam rundingan-rundingan perjanjian yang melibatkan MoF di peringkat domestik dan antarabangsa, menyediakan maklum balas dan draf ulasan bagi Memorandum Jemaah Menteri serta menyelaras kes-kes litigasi terhadap MoF termasuk prosiding timbang tara antarabangsa.

Taklimat ini turut menyentuh isu-isu berkepentingan awam yang dikendalikan oleh BUU serta rang undang-undang yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2026.

Arkib Foto

Logo Accessibility