Select your language
Sesi taklimat Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (PPK) kepada YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan yang baharu telah berlangsung di Perbendaharaan 2.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Encik Idwan Ariff Abdul Rahman, Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Abdillah Azizudin, Timbalan Pendaftar, Seksyen Pendaftaran dan Pembangunan Industri serta pegawai-pegawai PPK.

Antara intipati utama taklimat adalah berkaitan fungsi dan peranan PPK sebagai pengawal selia Akta Agensi Pelaporan Kredit [Akta 710], di samping perkembangan terkini industri Pelaporan Kredit di Malaysia.

Selain itu, YB Liew Chin Tong turut berkesempatan mengadakan lawatan ke ruang pejabat PPK serta beramah mesra bersama warga PPK.
