Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Bajet 2023 bersama Industri Perumahan

Sesi Libat Urus Bajet 2023 bersama Industri Perumahan

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan National Property Information Centre (NAPIC) dan pelbagai agensi seperti CIDB, pihak pemaju, kontraktor dan agensi yang terlibat dalam Industri Perumahan bagi sesi libat urus.

Antara faktor utama yang diutarakan ialah ‘overhang property’, masalah kewangan dan faktor kenaikan harga rumah di Malaysia. Selain itu, isu kenaikan harga barang binaan dan kesukaran mendapatkan tenaga kerja turut dibincangkan dalam sesi tersebut.

Beliau mengambil perhatian penuh pandangan semua pihak dalam isu tersebut. Pelbagai kesukaran yang berlaku menjejaskan semua pihak termasuk rakyat. Dalam fasa pemulihan, terdapat pelbagai perkara yang perlu dipertimbangkan dan disusun rapi bagi kesamarataan semua termasuk permintaan dan penawaran dalam industri perumahan.

Semoga sesi libat urus sebegini dapat memberikan yang terbaik dalam usaha merumahkan rakyat.


Arkib Foto

Logo Accessibility