YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) untuk #Bajet2022.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Tertinggi DPMM dan MTEM yang sudi meluangkan masa dalam sesi perbincangan tersebut.
Beliau turut tertarik dengan beberapa idea dan cadangan yang diberikan oleh pihak mereka. #TeamMOF akan mengimbangi keperluan rakyat dan keperluan ekonomi negara dalam merangka Bajet 2022.