Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama NGO dan Para Aktivis

Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama NGO dan Para Aktivis

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang berjumpa dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan para aktivis untuk pemerkasaan wanita bagi sesi libat urus #Bajet2022.

Sepanjang sesi perjumpaan, semuanya berjalan lancar dan ia merupakan satu sesi yang sangat menarik. Beliau mendapati pelbagai masalah yang dihadapi kaum wanita yang sebelum ini beliau sendiri juga tidak pernah maklum.

 

Sesungguhnya wanita adalah golongan yang menjadi tulang belakang kepada negara dan adalah penting untuk #TeamMOF dalam merangka satu bajet yang benar-benar memperkasakan wanita lebih-lebih lagi #Bajet2022 akan menentukan proses bina semula negara Malaysia selepas pandemik COVID-19. Perkara-perkara penting yang telah dibincangkan semasa sesi perjumpaan tersebut akan beliau sampaikan ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah Hapsah, Presiden National Council Of Women’s Organizations (NCWO), Prof Dayang Anita, Ahli Jawatankuasa NCWO, Puan Seri Bibi Sharliza Mohd Khalid serta Puan Najwa Khanum, wakil Generasi Aspirasi Pemimpin, Datuk Dira Abu Zahar, Pertubuhan Sukarelawan Jalinan Nasional, Puan Syirin Junisya, Pengurus Operasi All Women’s Action Society (AWAM), Cik Ada Poon, Presiden SME Malaysia (Belia dan Wanita), Datin Paduka Seripah Noli dan Puan Jumaeah daripada Wanita UMNO.

Arkib Foto

Logo Accessibility