Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus #Bajet2022 Bersama Para Mahasiswa Di Kelantan

Sesi Libat Urus #Bajet2022 Bersama Para Mahasiswa Di Kelantan

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menghadiri sesi libat urus #Bajet2022 bersama para mahasiswa di Pantai Timur antaranya adalah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sebagai salah seorang pemimpin muda dalam Kerajaan, bagi beliau, adalah penting untuk mendengar suara anak muda kerana mereka semua adalah masa hadapan dan bakal menjadi pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang.

Bagi beliau juga, sesi libat urus bersama para mahasiswa adalah amat penting kerana beliau ingin mendapatkan segala informasi berkenaan keperluan para mahasiswa di seluruh negeri.

Pelbagai cadangan dan pandangan yang beliau telah terima dan akan bawa ke peringkat lebih tinggi untuk dipertimbangkan dalam #Bajet2022.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua mahasiswa yang telah hadir pada sesi tersebut.

Arkib Foto

Logo Accessibility