YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengiringi Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk sesi libat urus #Bajet2022 bersama pemimpin parti Pakatan Harapan.
Pelbagai input dan cadangan telah #TeamMOF terima daripada pemimpin parti pembangkang dan beliau percaya kepentingan rakyat adalah satu keputusan yang perlu dibuat secara bersama tidak kira Kerajaan atau pembangkang.
#TeamMOF akan mengimbangi keperluan rakyat dan keadaan ekonomi negara dalam #Bajet2022.