YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus #Bajet2022 bersama para usahawan franchisor di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNB).
Pelbagai perkara dan input telah beliau perolehi daripada setiap franchisor yang mewakili rangkaian usahawan masing-masing.
Segala input dan cadangan yang diutarakan akan beliau bawa ke peringkat yang lebih tertinggi untuk dipertimbangkan di dalam #Bajet2022.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dalam sesi tersebut.