Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus #Bajet2023 bersama Belia

Sesi Libat Urus #Bajet2023 bersama Belia

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berjumpa dengan agensi-agensi mewakili suara-suara belia harapan negara yang menyuarakan pendapat bagi Bajet 2023.

Banyak idea yang menarik beliau peroleh dalam sesi libat urus tersebut. Apa yang boleh beliau simpulkan adalah belia mahukan peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih terjamin, literasi kewangan bagi golongan belia, isu kesihatan mental, peluang perniagaan dan pemerkasaan e-sports dalam negara kita.

Sering beliau ulang, belia hari ini merupakan harapan negara dan bakal menjadi pemimpin pada satu hari nanti. Kementerian Kewangan sentiasa mendengar segala cadangan dan idea semua pihak dan pastinya peruntukan untuk belia akan turut diutamakan dalam Bajet 2023.


Arkib Foto

Logo Accessibility