YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan ‘Social Influencers’ dan ‘Content Creators’ dalam sesi libat urus #Bajet2023.
Pada zaman kini, ramai anak muda telah menceburi bidang kreatif dan menjana pendapatan melalui saluran-saluran di media sosial dan juga ‘product review’.
Bukan setakat itu sahaja, mereka juga boleh menjadi ejen penghebahan yang sangat efektif kerana peralihan teknologi di hujung jari juga telah memberikan pendedahan kepada seluruh dunia.
Terima kasih beliau ucapkan kepada semua yang hadir dan memberikan pandangan kepada Kementerian Kewangan bagi merangka #Bajet2023 yang inklusif.
#TeamMOF menerima segala cadangan yang bernas untuk memperkasakan penggiat seni kreatif digital agar #KeluargaMalaysia boleh mendapat manfaat dan memberikan impak positif kepada prestasi ekonomi negara.