YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berjumpa dengan masyarakat Jempol di dalam sesi libat urus #Bajet2023 di Dewan Hotel Central, Bahau Negeri Sembilan.
Turut bersama-sama adalah YB Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif, Ahli Parlimen Jempol, YB Dato' Hj. Shamshulkahar Hj. Mohd Deli, ADUN Serting, YB Mustapha Nagoor ADUN Jeram Padang dan pihak Agensi-Agensi di bawah Kementerian Kewangan.
Pelbagai inisiatif Kerajaan dan hala tuju #Bajet2023 yang telah beliau sampaikan sepanjang sesi tersebut. Dalam masa yang sama, beliau juga telah memperoleh pelbagai pandangan dan idea yang dilontarkan oleh warga masyarakat Jempol. Terima kasih beliau ucapkan kepada semua yang telah hadir.
Segala cadangan dan idea yang disuarakan oleh warga masyarakat Jempol akan beliau dan #TeamMOF bawa dan pertimbangkan untuk dimasukkan sebagai input #Bajet2023.