Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus #Bajet2023 Townhall bersama Masyarakat Di Jelebu

Sesi Libat Urus #Bajet2023 Townhall bersama Masyarakat Di Jelebu

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berada di Dewan Kompleks UMNO Jelebu, Simpang Pertang bagi sesi libat urus townhall bersama masyarakat yang berada di dalam Parlimen Jelebu untuk #Bajet2023.

Turut hadir pada sesi libat urus tersebut ialah YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu, YB Noor Azmi Yusof ADUN Pertang dan YB Mohd Razi Mohd Ali ADUN Sungai Lui dan pemimpin-pemimpin setempat.

Antara cadangan dan pandangan yang beliau terima adalah mengenai bantuan dan pembangunan sektor pendidikan, kemudahan infrastruktur, penambahbaikan ekonomi pertanian serta pembangunan keusahawanan luar bandar.

Terima kasih beliau ucapkan kepada masyarakat Jelebu yang telah hadir. Beliau dan #TeamMOF akan mengambil maklum semua perkara untuk dibawa ke peringkat kementerian. 


Arkib Foto

Logo Accessibility