Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama Pelabur-Pelabur di Negeri Perak

Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama Pelabur-Pelabur di Negeri Perak

Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama pelabur-pelabur di Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Sentosa Villa, Taiping diketuai oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan. Program ini dijayakan secara kerjasama strategik dengan Taiping Heritage Society dan The Habitat Foundation.

Sesi berfokus ini dengan wakil penduduk setempat, komuniti perniagaan dan para sukarelawan yang giat mempromosikan aktiviti pelancongan agar kesan limpahan ekonomi dapat dirasai di peringkat akar umbi. Pendekatan ini membolehkan Kerajaan merangka inisiatif Belanjawan 2026 yang lebih inklusif, responsif dan berpaksikan keperluan sebenar rakyat di peringkat akar umbi.

Melalui sesi ini juga, pelbagai cadangan dan pandangan dikemukakan bagi memperkasa aktiviti pelancongan seperti mewujudkan biosphere, jaringan tempat menarik yang dapat meningkatkan minat pelancong domestik dan antarabangsa di samping mengekalkan keindahan khazanah negara telah diutarakan. Inisiatif seperti ini adalah sejajar dengan aspirasi Kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan kepada kemampanan pertumbuhan ekonomi. 

Turut hadir wakil pejabat Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Pokok Assam, Encik Mohd Fadzlee Malik, pegawai Bahagian Cukai dan barisan Pasukan Jelajah Belanjawan 2025.

#Belanjawan2026 
#EkonomiMADANI 
#RancakkanMADANI 
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility