Pilih bahasa anda
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 sebagai platform untuk mendapatkan pandangan serta meneliti keutamaan sektor kesihatan dalam penyediaan Belanjawan 2027.

Sesi ini yang turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, memberi ruang kepada perbincangan serta cadangan mengenai usaha memperkukuh sistem kesihatan negara, termasuk meningkatkan akses dan mutu perkhidmatan kesihatan, memperkasa fasiliti serta tenaga kerja kesihatan, di samping memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, mampan dan responsif terhadap keperluan rakyat.

Pasukan Belanjawan Kementerian Kewangan (MoF) turut hadir dalam sesi ini bagi mendengar dan mendapatkan input secara langsung daripada KKM serta pihak berkepentingan. Pandangan dan cadangan yang dikemukakan akan menjadi antara input penting dalam proses penelitian dan penyediaan Belanjawan 2027.
Penglibatan berterusan bersama kementerian dan pihak berkepentingan mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memastikan setiap cadangan inisiatif dinilai secara menyeluruh, berasaskan keperluan sebenar serta berorientasikan outcome demi kesejahteraan rakyat.
