Pilih bahasa anda
Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dipengerusikan bersama oleh YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Sebagai nadi kepada penyampaian perkhidmatan Kerajaan, penjawat awam memainkan peranan penting dalam memastikan dasar dan inisiatif Kerajaan diterjemahkan kepada perkhidmatan yang cekap, berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat.
Sehubungan itu, sesi ini memberi tumpuan kepada aspek perkhidmatan dan kebajikan penjawat awam, di samping meneliti hala tuju penyampaian perkhidmatan awam dalam mendepani perubahan landskap pentadbiran serta keperluan rakyat yang semakin dinamik.
Dalam penyediaan Belanjawan 2027, pandangan dan cadangan yang dikemukakan akan menjadi antara input yang diteliti dalam usaha memperkukuh keupayaan perkhidmatan awam agar kekal cekap, berdaya tahan dan responsif, seterusnya meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Turut hadir YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) serta pegawai-pegawai kanan JPA dan Kementerian Kewangan.