YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan Sesi Libat Urus bersama agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan (MOF) di Sabah untuk mendengar permasalahan dan idea-idea daripada mereka untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada rakyat.

Beliau turut berkesempatan bertemu dengan semua pihak dan mendengar sendiri pendapat mereka serta langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada setiap agensi.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Perbendaharaan Malaysia Sabah, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Sabah, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Sabah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional Sabah yang hadir.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |