YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama agensi-agensi Kementerian Kewangan (MOF) di selatan tanah air.

Beliau turut menyampaikan amanat kepada semua agensi MOF agar menjadi pemangkin untuk mencapai kemakmuran rakyat di negeri Johor.

Turut bersama-sama dalam sesi libat urus tersebut ialah YB Mohd Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Mohd Fared, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor dan YB Mohamad Fazli, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir pada sesi tersebut.
