YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan semasa di Pulau Pangkor telah berpeluang untuk mengadakan sesi libat urus bersama barisan kempimpinan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), yang turut dihadiri oleh Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Panglima Tentera Laut, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Timb. Menteri Pertahanan, dan YBhg. Datuk Hj Ruji Hj Ubi, TKSU (Pembangunan) Kementerian Pertahanan di Pangkalan TLDM Lumut untuk mengenalpasti cabaran dan kekangan aset-aset ketenteraan di Markas Pemerintahan Armada Barat.
Buat yang bertanya bagaimana beliau boleh memakai pakaian celoreng rasmi TLDM, beliau merupakan ahli Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) sejak 2015.





