Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Bersama JANM

Sesi Libat Urus Bersama JANM

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan telah menganjurkan sesi libat urus berkenaan dengan Wang Tak Dituntut (WTD) bersama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk semua pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang.

Beliau berharap selepas sesi libat urus tersebut, semua pegawai akan bertindak sebagai perantara antara kerajaan dan rakyat dalam memberikan pendedahan berkaitan WTD kepada orang ramai dan untuk menjelaskan urusan berkaitan WTD.

Selain itu, ianya sebagai komitmen berterusan Kerajaan dalam menyokong aspirasi negara ke arah negara neutral karbon pada tahun 2050.

Setakat kini, amaun terkumpul WTD adalah melebihi RM11.7 bilion. Orang awam juga boleh membuat semakan melalui portal eGUMIS (https://egumis.anm.gov.my) atau secara manual di 26 kaunter JANM seluruh negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility