Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Kreatif Di Cyberjaya, Selangor

Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Kreatif Di Cyberjaya, Selangor

Dalam rangka Program Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Selangor, Kementerian Kewangan telah menyertai Sesi Libat Urus bersama pemain industri kreatif di Cyberjaya, Selangor anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor bersama Cyberview Sdn Bhd.

Sesi yang disertai YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB Dato’ Dr. Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor; YBhg. Dato’ Johary Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Pengarah UPEN Selangor; serta YBrs. En. Kamarul Ariffin Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif, Cyberview Sdn Bhd.

Sesi ini menghimpunkan agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor dan pemain industri kreatif bagi membincangkan potensi, cabaran serta keperluan pembangunan sektor kreatif sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Dialog ini turut membuka ruang kepada pemain industri untuk mengemukakan cadangan inisiatif bagi Belanjawan 2027, khususnya berkaitan usaha memperkukuh pelaburan, membangunkan bakat dan kemahiran serta mewujudkan ekosistem industri kreatif yang lebih mampan dan berdaya saing.

Input yang diterima akan membantu Kerajaan menilai keutamaan pembangunan secara lebih menyeluruh, khususnya dalam memastikan pertumbuhan industri dan ekonomi tempatan dapat diterjemahkan kepada pewujudan pekerjaan bernilai tinggi, peningkatan kemahiran, peluasan peluang kepada perusahaan tempatan serta manfaat ekonomi yang lebih luas kepada rakyat.

Pandangan dan cadangan orang ramai bagi Belanjawan 2027 amat  dialu-alukan melalui Portal Cadangan Belanjawan di belanjawan.mof.gov.my sebagai sebahagian daripada proses libat urus dalam penyediaan Belanjawan 2027.

Arkib Foto