YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus #Bajet2023 bersama para pengusaha ‘homestay’ dan industri hiliran pelancongan di Janda Baik, Pahang.
Sejak ditubuhkan sehingga tahun 2019, program ‘homestay’ telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat luar bandar dengan pendaftaran sebanyak 219 buah perkampungan yang mana mempunyai sebanyak 4,210 buah rumah yang mempunyai sejumlah 5,956 buah bilik di seluruh Malaysia.
Beliau amat berpuas hati kerana dapat mendengar pelbagai pandangan, keluh resah dan idea-idea baharu yang boleh diangkat ke peringkat kementerian untuk dimasukkan sebagai input Bajet 2023.