Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia

Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia bagi mendengar secara langsung pandangan, cabaran serta cadangan pemain industri dalam memperkukuh ekosistem kontraktor Bumiputera.

Turut hadir ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk cabaran aliran tunai dan modal pusingan, peningkatan kos bahan binaan, keperluan pembiayaan serta isu-isu dalam mendepani pelaksanaan projek-projek.

Kerajaan terbuka untuk meneliti cadangan yang dikemukakan, termasuk kemudahan pembiayaan yang bersesuaian, mekanisme pelaksanaan projek yang lebih berkesan serta program latihan dan pendedahan teknologi bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing kontraktor Bumiputera.

Pandangan daripada pemain industri akan terus menjadi input penting dalam memastikan dasar dan langkah Kerajaan kekal relevan, berkesan serta memberi manfaat kepada industri dan pembangunan negara.

Arkib Foto