Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sesi libat urus ini antara lain membincangkan cadangan inisiatif dalam mengukuhkan nilai insan MADANI, pemerkasaan sistem Pendidikan Islam dan sokongan dakwah Islam serta transformasi tadbir urus. 

Sesi turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM serta pegawai-pegawai kanan. 

Kementerian Kewangan diwakili oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2025.

#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI

 

Arkib Foto

Logo Accessibility