Sesi libat urus cadangan inisiatif Belanjawan 2025 diteruskan lagi dengan Kementerian Ekonomi dan dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi.

Sesi libat urus ini diadakan bagi meneliti cadangan-cadangan inisiatif untuk meningkatkan daya saing, daya cipta dan meningkatkan taraf pembangunan sosioekonomi negara.

Sesi ini turut dihadiri YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2025.
#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI