Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 diteruskan dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Sesi ini telah dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi.

Sesi ini merupakan langkah penting dalam mengenalpasti usaha untuk terus membangun dan memperkasakan sektor Agrikomoditi secara mampan dan seimbang dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar serta memastikan kemakmuran dikecapi bersama, selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI.

Sesi ini turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi KPK, YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPK bersama Pegawai-pegawai Kanan KPK.

Kementerian Kewangan pula diwakili oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2025.
#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI