Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Kementerian Sumber Manusia

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Kementerian Sumber Manusia

Sesi libat urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 telah diadakan bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Sesi tersebut dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II. Beliau menerima kunjungan YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Pihak pengurusan tertinggi KESUMA diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha KESUMA. Kementerian Kewangan diwakili oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2025.

Perbincangan dalam sesi ini tertumpu kepada cadangan yang berlandaskan prinsip 3K iaitu Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan Pekerja. 3K adalah penunjuk arah kepada semua inisiatif dan usaha KESUMA dalam menyediakan tenaga mahir yang kompeten dan produktif sebagai pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara secara holistik.

#Belanjawan2025 
#EkonomiMADANI 

Arkib Foto

Logo Accessibility