Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama KPWKM

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama KPWKM

Sesi libat urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diadakan.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan ll telah menerima kunjungan YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya bagi sesi tersebut. 

Pihak pengurusan tertinggi KPWKM telah diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM. Kementerian Kewangan pula diwakili oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2025.

Sesi ini merangkumi perbincangan pemantapan Dasar Sosial Negara 2025-2030 dan juga cadangan-cadangan yang mengukuhkan nilai-nilai keluarga dan masyarakat. Perbincangan juga tertumpu kepada usaha untuk membangunkan masyarakat sejahtera secara inklusif dan saksama melalui inovasi sosial dan kebajikan produktif.

#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI 

Arkib Foto

Logo Accessibility