Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama KUSKOP

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama KUSKOP

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 diteruskan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Sesi ini telah dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, bersama YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Sesi ini merupakan langkah penting dalam usaha untuk terus mengukuhkan keberkesanan dan pemantapan berterusan sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), serta usahawan dan koperasi, selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI.

Sesi ini turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi KUSKOP, iaitu YB Dato' Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan YBhg. Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP bersama Pegawai-pegawai Kanan KUSKOP.

Kementerian Kewangan diwakili oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara serta pegawai-pegawai dari bahagian berkaitan di MOF dan Pasukan Belanjawan 2025.

#Belanjawan2025 #EkonomiMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility