YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah menerima kunjungan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri bagi Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Pihak pengurusan tertinggi KDN diketuai oleh YBhg. Datuk Ruji bin Hj. Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. MOF diwakili oleh YBhg. Datuk Johan Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar, Pengarah Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2025.