Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 diteruskan dengan Kementerian Pertahanan (MINDEF). Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, bersama YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan.

Sesi ini merupakan langkah penting dalam usaha untuk terus menjaga kebajikan perwira negara dan veteran serta memastikan kedaulatan dan keselamatan negara diperkukuhkan.
Sesi tersebut turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi MINDEF, iaitu YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bersama Pegawai-pegawai Kanan MINDEF.

Kementerian Kewangan diwakili oleh YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2025.