Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama NRES

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama NRES

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 telah berlangsung dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Sesi libat urus ini diadakan bagi meneliti cadangan-cadangan berkaitan pemerkasaan amalan konservasi biodiversiti, kelestarian alam sekitar serta pembangunan industri mineral ke arah merealisasikan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Sesi ini turut dihadiri YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo A/L Kim, Ketua Setiausaha NRES serta pegawai-pegawai kanan NRES.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2025.

#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility