Sesi Libat Urus yang terakhir bagi membincangkan Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 diadakan dengan Kementerian Ekonomi (KE). Sesi Libat Urus ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dihadiri oleh YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi serta pegawai-pegawai KE.
Sesi libat urus antara lain membincangkan perkara-perkara berkaitan pengagihan peruntukan perbelanjaan pembangunan dan perancangan pembangunan sosioekonomi.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara, Pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Bahagian Fiskal dan Ekonomi serta Pasukan Belanjawan 2026.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#Belanjawan2026