Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama UURI

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama UURI

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 telah diadakan antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di Parlimen Malaysia.

Antara inisiatif utama yang dicadangkan di bawah Belanjawan 2026 bagi Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) merangkumi pelbagai langkah strategik yang menyokong pengukuhan dan reformasi institusi dalam bidang perundangan di Malaysia.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato' Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility