Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Digital

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Digital

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Digital (KD) dipengerusikan bersama oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital.

Sesi ini memberi tumpuan kepada cadangan strategik bagi memperkukuh agenda pendigitalan negara, khususnya dalam memperluas penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), meningkatkan keupayaan serta daya saing ekosistem digital negara, di samping memastikan manfaat transformasi digital dapat dinikmati secara lebih meluas oleh rakyat dan perniagaan.

Fokus turut diberikan kepada usaha memperkasa keupayaan rakyat dan perusahaan dalam memanfaatkan teknologi digital dan AI, menggalakkan pembangunan ekosistem AI yang lebih kukuh serta mempertingkat tadbir urus dan kawal selia data. Perbincangan turut menekankan kepentingan memastikan pembangunan digital negara dilaksanakan secara selamat, bertanggungjawab dan inklusif.

Kementerian Kewangan komited untuk memastikan setiap cadangan yang dinilai mampu memberikan impak yang nyata, mampan dari sudut fiskal serta memberi manfaat langsung kepada rakyat, di samping menyokong pertumbuhan dan daya saing ekonomi negara.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Datuk Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital; serta pegawai-pegawai kanan MoF dan Kementerian Digital bersama Pasukan Belanjawan 2027.

Orang ramai turut dialu-alukan untuk menyumbang idea, pandangan dan cadangan bagi Belanjawan 2027 melalui Portal Cadangan Belanjawan di:
https://belanjawan.mof.gov.my

Arkib Foto