Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Ekonomi

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Ekonomi

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Ekonomi (KE) telah diadakan bersama YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi serta barisan kepimpinan tertinggi KE.

Sesi ini memberi tumpuan kepada penjajaran dasar dan penyelarasan keutamaan pembangunan negara bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan, memperkukuh pembangunan modal insan dan bakat, serta meningkatkan keberkesanan program pembangunan sosial demi kesejahteraan rakyat.

Perbincangan turut menekankan kepentingan penyelarasan yang erat antara perancangan pembangunan dan kedudukan fiskal negara bagi memastikan sumber Kerajaan disalurkan secara berkesan kepada program dan inisiatif yang memberikan impak kepada rakyat serta ekonomi.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Datuk Seri Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha KE; YBhg. Dato’ Ts. V. Valluvan Veloo, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) KE; YBrs. Encik Junady Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU; serta pegawai-pegawai kanan MoF dan KE bersama Pasukan Belanjawan 2027.

Orang ramai turut dialu-alukan untuk menyumbang idea, pandangan dan cadangan bagi Belanjawan 2027 melalui Portal Cadangan Belanjawan:
https://belanjawan.mof.gov.my

Arkib Foto