Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Luar Negeri

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Luar Negeri

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Luar Negeri (KLN) telah diadakan dan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha KLN.

Sesi libat urus ini membincangkan keutamaan dan hala tuju KLN dalam memperkukuh peranan Malaysia di persada antarabangsa serta memastikan kepentingan strategik negara terus terpelihara. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama dua hala, memperkukuh hubungan diplomatik serta meningkatkan kedudukan Malaysia dalam landskap global yang semakin dinamik.

Dalam masa yang sama, perbincangan turut merangkumi langkah-langkah bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan di luar negara, memperluas kerjasama ekonomi dan teknologi strategik, serta memperkukuh peranan diplomasi dalam menyokong agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Perbincangan tersebut turut melibatkan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan (MoF) dan KLN serta Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto