Pilih bahasa anda
Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah diadakan dan dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Sesi ini memberi tumpuan kepada cadangan strategik untuk memperkasa Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), khususnya dalam meningkatkan daya tahan, kapasiti serta keupayaan perniagaan untuk berkembang dan meningkatkan skala operasi, selaras dengan Aspirasi Ekonomi MADANI.
Perbincangan turut merangkumi usaha memperluas akses kepada pembiayaan, memperkukuh pembangunan kapasiti usahawan serta membina ekosistem keusahawanan yang lebih menyeluruh dan kondusif, merangkumi perusahaan mikro, kecil dan sederhana sehingga kepada sektor koperasi.
Turut hadir YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Setiausaha KUSKOP; pegawai-pegawai kanan MoF dan KUSKOP serta Pasukan Belanjawan 2027.