Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Perpaduan Negara

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Perpaduan Negara

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dipimpin bersama oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.

Turut hadir ialah YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara; YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha KPN; serta pegawai-pegawai kanan KPN.

Sesi libat urus ini memberi tumpuan kepada pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh perpaduan, pembinaan negara bangsa dan keharmonian rakyat di peringkat akar umbi, termasuk melalui penyediaan persekitaran serta premis perpaduan yang lebih kondusif. Perbincangan turut merangkumi usaha memantapkan ekosistem perpaduan menerusi kerjasama dan pembiayaan bersama antara Kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemegang taruh berkaitan.

Selain itu, sesi ini turut membincangkan usaha berterusan dalam pemeliharaan, pemuliharaan dan pemartabatan khazanah warisan negara bagi memastikan kelestariannya. Tumpuan turut diberikan kepada transformasi pendigitalan sektor awam melalui pemodenan koleksi, reformasi perkhidmatan dan pembangunan platform digital bagi meningkatkan kecekapan serta mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Kementerian Kewangan (MoF) turut diwakili oleh YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha  Perbendaharaan; YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar); pegawai-pegawai kanan MoF; serta Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto