Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah dihadiri oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Perbincangan memberi tumpuan kepada tiga kluster utama iaitu R&D&C&I berteraskan misi, pembudayaan dan pembangunan bakat sains teknologi dan inovasi (STI), serta penskalaan syarikat pemula. Antara agenda yang dibincangkan termasuk usaha memperluaskan akses masyarakat kepada STI, pembangunan sistem penyimpan tenaga berasaskan teknologi nano, pembiayaan projek berimpak tinggi dalam industri semikonduktor, kepintaran buatan dan angkasa serta pengukuhan ekosistem syarikat pemula.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Hajah Norison Ramli, Pengarah Belanjawan Negara; YBrs. Puan Norsham Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), bersama pegawai kanan MoF dan MOSTI serta Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto