Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama KPDN

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama KPDN

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah diadakan yang melibatkan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Sesi ini memberi tumpuan kepada perincian strategi dan langkah proaktif Kerajaan MADANI dalam menangani cabaran kos sara hidup, di samping memperkukuh usaha melindungi kebajikan dan hak pengguna.

Perbincangan turut menekankan pengukuhan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras ketirisan barang kawalan dan bersubsidi, sekali gus memastikan manfaat bantuan dan subsidi Kerajaan terus disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN serta pegawai-pegawai kanan MoF dan KPDN bersama Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto