Pilih bahasa anda
Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah diadakan yang melibatkan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada cadangan strategik untuk memperkukuh sistem pendidikan tinggi negara dalam melahirkan graduan yang relevan dengan keperluan semasa, di samping memastikan kebajikan pelajar, memperkasa ekosistem pengkomersialan dan meningkatkan pendedahan kepada teknologi terkini.
Antara perkara yang dibincangkan ialah memacu transformasi digital dan memperkasa infrastruktur pintar, memastikan ekosistem pendidikan tinggi terus responsif terhadap perkembangan teknologi dan memaksimumkan pulangan dan impak daripada setiap peruntukan yang disediakan.
Perbincangan turut menekankan kepentingan pendekatan rentas Kementerian dan agensi dalam menangani isu yang saling berkait bagi memastikan cadangan Belanjawan 2027 lebih holistik, berimpak dan memberi manfaat kepada rakyat serta menyokong pembangunan ekonomi negara.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan), YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Dr. Shamsuri Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KP JPPKK) dan YBrs. Encik Hasan Muda, SUB (Kewangan), pegawai-pegawai kanan MoF dan KPT serta Pasukan Belanjawan 2027.