Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus #JelajahBajet2023 bersama KESEDAR

Sesi Libat Urus #JelajahBajet2023 bersama KESEDAR

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan warga Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) untuk sesi libat urus Bajet 2023 memandangkan mereka adalah entiti yang bertanggungjawab untuk membangunkan Kelantan Selatan termasuk Gua Musang.

Kelantan merupakan sebuah negeri yang amat besar dan KESEDAR ditugaskan untuk menjaga di sebelah Selatan, merangkumi lebih 200,000 orang penduduk.

Beliau juga berkesempatan mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan dan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan cadangan dan pandangan dalam usaha untuk lebih memajukan negeri tersebut.

#TeamMOF akan meneliti semua idea untuk dimasukkan sebagai input Bajet 2023.


Arkib Foto

Logo Accessibility