Sesi Libat Urus Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bersama Warga Kementerian Kewangan (MOF) telah berlangsung di Dewan Utama MOF, Putrajaya.
Turut hadir dalam sesi ini ialah YM Raja Muhammad Azhan Shah Raja Muhammad, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan serta pegawai-pegawai Jabatan dan Agensi MOF antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
Sesi yang disampaikan oleh penceramah-penceramah Jabatan Perkhidmatan Awam ini merupakan salah satu platform yang digunakan bagi menerangkan perkara-perkara yang terkandung di dalam dokumen Pekeliling Perkhidmatan SSPA.
Sesi libat urus ini juga memberikan pendedahan awal kepada warga MOF dalam memahami Pekeliling Perkhidmatan SSPA sebelum ditawarkan opsyen.
Sesi soal jawab turut diadakan sebelum sesi berakhir. Seramai 505 warga MOF telah hadir secara fizikal serta FB Live turut disiarkan dan telah disertai seramai 1,600 peserta.