YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan memenuhi undangan ke Astaka Jepun di Expo 2020 Dubai.

Sama seperti Malaysia, negara Jepun juga kaya dengan seni dan budaya mereka yang unik. Di astaka tersebut, beliau disajikan dengan pelbagai penceritaan menerusi penggunaan teknologi canggih dan kerja tangan halus yang menunjukkan bagaimana budaya mereka diterapkan dalam pelbagai aspek seperti budaya kerja dan kehidupan seharian.

Antara yang menarik perhatian beliau adalah pameran seni miniatur yang diperbuat daripada barangan keperluan harian seperti alat tulis dan barang dapur.
![]() |
![]() |
World Expo yang seterusnya akan diadakan di Osaka pada 2025. Harapan beliau ialah agar dunia telah pulih sepenuhnya dari bahana COVID-19 sebelum itu agar kehidupan kita dapat kembali seperti sebelum ini.
