Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Melawat Ke Astaka DP World, Dubai

Sesi Melawat Ke Astaka DP World, Dubai

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan melawat Astaka DP World, sebuah syarikat logistik milik penuh Kerajaan Dubai yang menggerakkan 10 peratus perdagangan global dan menyumbang 33 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Dubai. Semasa lawatan, beliau telah diberi taklimat mengenai operasi DP World yang menpunyai rangkaian di serata dunia.

Beliau juga amat kagum dengan demonstrasi Hyperloop, sebuah teknologi canggih yang akan mengubah industri pengangkutan global. Semasa demonstrasi, DP World menerangkan bahawa dengan teknologi Hyperloop yang membolehkan kita bergerak pada kelajuan 1,000km/j, masa perjalanan antara Abu Dhabi U.A.E ke Dubai dapat dikurangkan kepada 10 minit sahaja.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility