YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan melawat ke Kuarters Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Sepanggar, Sabah.

Pada tahun 2020, rumah-rumah tersebut sedang dalam pembaikan dan terdapat kerja-kerja yang tertangguh kerana peruntukan yang tidak mencukupi.

Selepas beliau melawat dan mengutarakan masalah yang dihadapi ke peringkat lebih tinggi, kelihatan kerja-kerja pembaikan telah berjalan lancar dan kini telah siap. Kelihatan cantik dan sangat selesa untuk diduduki.
Kementerian Kewangan sentiasa menitikberatkan kebajikan pekerja-pekerja JKDM bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semua terjaga.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |