YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah hadir di Kompleks Kementerian Kewangan bagi menandatangani dokumen rasmi Belanjawan 2025.
Turut bersama dalam majlis ringkas ini ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara dan YBrs. Dr. Mastura Abdul Karim, Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi.
Pengurusan Tertinggi Kementerian Kewangan dan pegawai-pegawai daripada Bahagian yang terlibat turut hadir di sesi ringkas itu.
YAB Dato' Seri Anwar sempat menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua tenaga kerja yang bertungkus lumus untuk merangka Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan pada 18 Oktober ini.