Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas perkenan menerima menghadap YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan di Istana Negara untuk beliau dan YBhg. Datuk Seri Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan mempersembahkan Tinjauan Ekonomi dan Tinjauan Fiskal 2023. ⠀

Beliau dan seluruh #TeamMOF akan terus bekerja keras dengan pelbagai pihak untuk memastikan ekonomi dan kewangan negara dipacu di atas landasan pemulihan yang tepat. Dengan bimbingan dan nasihat KDYMM Tuanku, beliau amat percaya Kerajaan akan dapat memastikan rakyat, perniagaan dan ekonomi negara terus terbela. ⠀
